UNTUK MAKLUMAT LANJUT NIKAH KAHWIN THAILAND SILA HUBUNGI SAYA SEPERTI BERIKUT

Untuk Maklumat Lanjut
Sila Hubungi Saya
Seperti Berikut:


                                                  MOHD ADNAN ISMAIL

                                       NO TEL :016-

                                                                         
                         EMAIL:adnan.arrasmaxei@gmail.com

TOLONG BERI NAMA PENUH ANDA DAN PASANGAN ANDA DAN NOMBOR TELEFON ANDA UNTUK MEMUDAHKAN SAYA MENGHUBUNGI ANDA SEKIRANYA ADA SOALAN ATAU PENJELASAN YANG SUSAH HENDAK DINYATAKAN MELALUI SMS ATAU EMAIL.


NIKAH DI THAI MUDAH DAN MURAH

Adakah bernikah di Thailand mudah dan murah? Ramai menyangka bahawa bernikah di selatan Thailand menelan belanja beribu-ribu ringgit kerana kononnya perlu melibatkan peranan orang tengah atau sindiket bagi mengatur proses itu.
Dan ramai pasangan yang menyeberang sempadan bersedia untuk berbelanja asalkan tiada lagi halangan yang akan merencatkan atau menggagalkan hasrat mereka. Mereka ini biasanya bersedia untuk menjalani upacara pernikahan di mana sahaja asalkan hasrat murni mereka tercapai. 


Sebenarnya prosedur untuk menikah di sana amat  mudah dan kosnya juga rendah tetapi ramai yang dikatakan menjadi mangsa kerana mereka terdesak dan tidak berpengetahuan bagi menguruskannya sendiri atau mendapat bantuan rakan atau orang yang mereka boleh percayai.
Amat ramai yang ditipu oleh sindiket, sekiranya mereka berkahwin bukan melalui Majlis Agama Islam. Banyak masalah akan timbul seperti sijil perkahwinan palsu dan sukar untuk didaftarkan di negara masing-masing.


Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla mempunyai ramai wakil (jurunikah) di beberapa daerah dalam wilayah Songkhla yang bertaraf Naib Kadhi. Hanya Sijil Nikah daripada Naib Kadhi inilah sahaja yang diiktiraf untuk disahkan. Sekiranya mereka berkahwin menggunakan sindiket, MAIS tidak akan bertanggungjawab. Semua pasangan yang berkahwin di sini (MAIS), rekod mereka akan disimpan sebagai rujukan yang sah.
Adalah menjadi peraturan sebelum pasangan dinikahkan, pasangan terbabit akan menjalani temuduga ringkas oleh Naib Kadhi, yang akan menjelaskan implikasi perkahwinan mereka dan selepas dinikahkan mereka akan diberi nasihat dan penerangan tentang tanggung-jawab sebagai suami dan isteri dan rukun berumah tangga yang perlu diikuti dan dilaksanakan sepanjang hayat.
Keterlanjuran dalam hubungan serta halangan keluarga kini menjadi punca utama pasangan dari Malaysia lari berkahwin di selatan Thailand, di samping hasrat berpoligami tanpa kebenaran isteri pertama. Kegagalan memenuhi keperluan hantaran, mas kahwin serta hadiah yang mahal pula, mendorong pasangan dari Malaysia, Brunei, Singapura dan lain-lain datang berkahwin di Selatan Thailand.
Setiap hari ramai pasangan dari Malaysia dan luar negara datang bernikah di Songkhla. Saya  tidak menghadapi sebarang masalah menguruskan perkahwinan yang diharapkan pasangan terbabit, asalkan mereka memenuhi syarat ditetapkan, termasuk masuk ke Thailand menggunakan dokumen perjalanan yang sah serta memenuhi syarat mengikut hukum syarak. Selain daripada itu MAIS akan memastikan semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Enakmen undang-undang syariah di Malaysia akan di patuhi dan menjadi rujukan bagi melangsungkan perkahwinan pasangan dari Malaysia.
Semua urusan  pernikahan dibuat secara telus, bertempat dan beretika dan penuh tanggung-jawab dan bukan dikedai kopi atau dibawah pokok seperti yang dibuat oleh sindiket palsu. Pasangan yang di bawa ke Pejabat Kadhi atau Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla akan di akadnikahkan dengan tertib tanpa risiko diperdayakan.

Bagi memudahkan urusan pernikahan ini pasangan dinasihatkan supaya datang lebih awal supaya semua urusan akad nikah, pengesahan MAIS dan Konsulat Jeneral Malaysia dapat di bereskan pada hari yang sama.
KEPUTUSAN DITANGAN ANDA. BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK. SAYA HANYA MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKANNYA.
Biar apa pun sebelum anda memilih untuk berkahwin di Thailand, adalah lebih baik sekiranya anda melangsungkan perkahwinan anda  di Malaysia kerana  lebih terjamin dan tidak perlu memikirkan tentang mendaftarkan semula pernikahan anda nanti.  Anda juga perlu memikirkan soal keluarga anda dan orang-orang yang lebih menyayangi anda dan sebagainya.

Saya bukanlah hendak menggalakkan pasangan untuk bernikah di Selatan Thailand, tetapi jika segala usaha untuk bernikah di Malaysia tidak dapat dilaksanakan, barulah anda pilih jalan keluar ini agar hasrat murni anda untuk berumahtangga tercapai, walaupun ada pihak yang terluka dan berduka demi mengelakkan menanggung dosa hidup tanpa nikah dan menghindarkan dari perkara-perkara  yang tidak diingini menimpa anda dan pasangan anda lebih baiklah anda berkahwin dengan segera!
Semoga ALLAH memudahkan semua urusan kita dan memberkati niat murni kita ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

KAHWIN DI SELATAN THAILAND

Soalan :  
        
Apakah hukum ‘kahwin ’ di Selatan Thailand? 

Jawapan :  
Hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

a) Pernikahan itu mengikut rukun nikah

b) Pernikahan itu melebihi dua marhalah

c) Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin

d) Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana dia ditauliahkan sebagai wali hakim.

RUJUKAN :
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 52 Bertarikh 1 Julai 2002

PROSES AKAD NIKAH DI MAJLIS AGAMA ISLAM SONGKHLA

BAGAIMANA AKAD NIKAH DIJALANKAN?  


Kadi akan bertanya beberapa soalan seperti:
Status pasangan sama ada pernah berkahwin atau belum.

Asal dari Negeri mana dan tempat tinggal wali.

Wali (ayah kandung) perempuan ada atau tidak.

Sama ada wali bersetuju atau tidak.

Adakah wali hadir bersama pada hari ini.

Status lelaki - isteri yang ke berapa?
Ini perkahwinan kali berapa bagi lelaki dan perempuan.

Apa hubungan nasab (adik beradik) dengan pasangan.

Perkahwinan ini di atas dasar suka sama suka (tanpa paksaan)

Berapa mas kahwin dan pemberian (jika ada).
Melantik dan memberi izin kepada Kadi/Jurunikah: 
Jurunikah minta izin perempuan beri izin kahwin dengan pasangan.

Perempuan beri wakil wali kepada jurunikah untuk menikahkannya dengan pasangan dengan mas kahwin sebanyak yang dipersetujui - tunai atau hutang.


Contoh lafaz:

"Saya izin dan saya wakil kepada Tuan Hj Shafie, Naib Kadhi Syari-i, tolong kahwin saya dengan Encik Farid dengan maskahwin RM200 tunai."



MAJLIS IJAB KABUL/NIKAH:


Jurunikah baca Khutbah ringkas.


Ijab (akad nikah) oleh Jurunikah.


Contoh lafaz:

"Encik Farid bin Noh,
Aku nikah akan dikau dan aku berkahwin akan dikau akan pinangan engkau Juliza bt Adzlizan atas jalan naib kadhi Syarie dengan mas kahwin 200 ringgit Malaysia tunai."


Qabul (jawab nikah) oleh pengantin lelaki.


Contoh lafaz:


"Aku terima akan nikahnya Juzliza bt Adzlizan dengan mas kahwin sebanyak 200 ringgit Malaysia tunai."


Bacaan doa.


Bacaan Taalik oleh suami.
(Suami telah berlafaz taalik di hadapan jurunikah dan saksi dengan lafaznya seperti berikut)


Contoh Lafaz Taalik:





Tandatangan dokumen nikah.


Suami menyerahkan duit mas kahwin kepada isterinya.


Upacara membatal air sembahyang dan bersalam-salaman.


Bersanding dan bergambar.


Selesai.


Pasangan dikehendaki menunggu untuk mengambil Sijil Nikah dan Surat Pengesahan Nikah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.

Bertolak ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.



PERSEDIAAN DOKUMEN SEBELUM KE THAILAND

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA :

Kad Pengenalan pasangan yang hendak berkahwin
Dokumen perjalanan yang sah (Pasport Antarabangsa / Pas Sempadan)

Surat pengesahan cerai dari pihak berkuasa agama Islam di Malaysia (untuk pasangan perempuan yang telah bercerai)
Sijil Kematian suami bagi balu yang kematian suami.


Surat Syahadah bagi orang yang baru memeluk agama Islam.

Bukan Warga Negara Malayisa mesti ada dokumen yang membuktikan indiividu itu seorang beragama Islam.


Visa Pelancung dan sebagainya bagi Bukan Warga Negara Malaysia untuk memasuki Malaysia dan Thailand. (Setengah Negara dikecualikan daripada visa bagi lawatan singkat sebagai pelancung yang memasuki Negara tidak melebihi 15 atau 30 hari)


Duit mas kahwin untuk bakal isteri. Mas kahwin adalah dalam matawang Ringgit Malaysia. Perlu diletakkan di hadapan Jurunikah/Kadhi dan saksi-saksi sebelum akad nikah.


Duit Poket untuk perbelanjaan sendiri dan membeli belah. Matawang Baht Thailand boleh ditukar di Dannok, Sadao atau di Hatyai.


Kamera jika hendak merakamkan saat istimewa dan bersejarah ini.


PASPORT / BORDER PASS: 
Urusan passport atau border pass adalah urusan sendiri dan atas perbelanjaan sendiri.


Anda adalah dinasihatkan supaya memohon pasport di mana-mana pejabat Imigeresen. Permohonan pasport boleh siap dalam satu hari sahaja. Bayaran pasport hanya RM100.00 sahaja. Sila hubungi mana-mana pejabat imigeresen atau website imigeresen untuk mengetahui syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan untuk membuat pasport.


Border passs hanya untuk pemastautin tetap Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan sahaja.


Pasangan yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan kad pengenalan tidak boleh memasuki Thailand.


Bagi pasangan yang hendak berkahwin dengan warganegara asing (luar Negara) sila pastikan mereka mempunyai visa untuk memasuki Thailand

ATURCARA PERJALANAN KE MAIS SONGKHLA, THAILAND

Hari Pertama:
Jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi. Pasangan berkumpul di Kawasan Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam.

Menaiki kereta atau van yang disediakan terus ke pintu masuk Thailand iaitu di Pekan Danok.

Selesai urusan pasport, bertolak ke Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (lebih kurang 70 km dari sempadan Malaysia).

Selesai urusan pendaftaran, pasangan akan di bawa ke bilik walimatul urus untuk upacara ijab kabul.

Pasangan akan diberi Sijil Nikah asal dan Satu Surat Pengesahan Nikah yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia memperakukan bahawa pernikahan ini adalah teratur mengikut hukum syarak.

Bertolak ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan menyerahkan borang permohonan dan semua dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan. Pengesahan Sijil Nikah oleh Konsulat adalah sebagai bukti bahawa proses pernikahan kita teratur  dan memenuhi hukum syarak dan bahawa Sijil Nikah kita adalah tulin dan bukan nikah sindiket.

Selepas makan tengah hari pasangan akan di hantar ke hotel untuk berehat dan aturcara sendiri. Atas permintaan pasangan kami akan membawa anda berjalan-jalan ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Songkhla dan Hatyai.

ATURCARA PERJALANAN KE PEJABAT KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI SONGKHLA, THAILAND.



Hari Kedua:

Selepas check-out hotel pasangan akan di bawa sekali lagi ke Pejabat Konsulat Malaysia untuk mengambil Surat Pengsahan Pernikahan Luar Negara dari Konsulat Jeneral Malaysia yang mewakili Kerajaan Malaysia di luar negara. Surat ini adalah sah dan diiktiraf oleh pihak berkuasa agama Islam Malayia dan Kerajaan Malaysia. Tanpa surat ini anda tidak boleh mendaftarkan pernikahan anda di Malaysia.

Selepas makan tengah hari pasangan akan dibawa balik ke pintu sempadan Malaysia/Thailand untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.


Pasangan yang mempunyai aturcara sendiri untuk melancung ke wilayah lain akan diberi bantuan setakat yang termampu.


Bersurai.


URUSAN PENGESAHAN KONSULAT

Pasangan yang tidak ingin bermalam di Hatyai  untuk urusan pengesahan konsulat pada hari yang kedua boleh kembali ke Malaysia pada hari yang sama selepas selesai akad nikah. Surat Pengesahan Konsulat akan diuruskan dalam tempoh satu minggu. Surat kelulusan konsulat akan diposkan kepada pasangan. Pasangan boleh membawa balik Sijil Nikah Asal dan salinan fotostat Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla pada hari akad nikah. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk urusan pengesahan ini. Urusan ini khusus untuk kes-kes tertentu sahaja. Perkara ini akan ditentukan selepas selesai urusan akad nikah.

PAKEJ NIKAH YANG KAMI DISEDIAKAN

Urusan Nikah pada Hari Isnin hingga Khamis 
Sijil Nikah dapat serta merta selepas selesai akad nikah.

Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) dapat dalam tempoh 30 minit.
Surat Pengesahan Konsul Malaysia di Songkhla siap pada keesokan hari (HARI KEDUA)

(Surat pengesahan dari Konsul Malaysia diperlukan untuk pendaftaran semula perkahwinan anda di Malaysia

Urusan Nikah pada Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Sijil Nikah dapat serta merta selepas selesai akad nikah.

 
Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) dapat dalam tempoh 30 minit.

 
Surat Pengesahan Konsul Malaysia di Songkhla siap dalam tempoh satu minggu.




HARGA PAKEJ NIKAH :


TERTAKLUK KEPADA KEADAAN SEMASA


KOS PAKEJ TERMASUK:
Pengangkutan dari  Bukit Kayu Hitam ke Thailand (pergi+balik),

Pengangkutan semasa berada di Thailand,

Bayaran kepada Kadi dan Saksi serta pengeluaran Sijil Nikah, 
Bayaran Pengesahan Sijil Nikah, Surat Pengesahan dan fotostat dokumen oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla,

Bayaran kepada Konsulat Malaysia dan fotostat dokumen untuk Konsul Malaysia di Songkhla.



KOS PAKEJ TIDAK TERMASUK:

Tambang perjalanan dari tempat tinggal/bertolak ke Alor Star / Kangar /Bukit Kayu Hitam dan balik ke destinasi anda adalah atas perbelanjaan / tanggungan sendiri.

Kos perjalanan dari Airport Alor Star atau Hotel di Alor Setar ke Bukit Kayu Hitam akan dikenakan bayaran.


Sewa hotel/penginapan di Hatyai pada hari pertama sementara menunggu masa untuk ke Konsulat pada keesokkan harinya (hari kedua).


Tidak termasuk duit mas kahwin.

Tidak ada kos tambahan atau kos tersembunyi yang berkaitan dengan urusan pernikahan ini sama ada di Malaysia atau di Thailand



PENUMPANG TAMBAHAN:

Pengangkutan disediakan untuk pasangan sahaja. Penumpang tambahan akan dikenakan bayaran tambahan bergantung kepada jumlah penumpang yang hendak pergi. Sewa van untuk 2 hari sebanyak RM500.00 akan dikenakan jika pasangan membawa penumpang (termasuk pasangan) melebihi 3 orang hingga 9 orang.

 

 

BAYARAN:


Bayaran hendaklah dibuat secara TUNAI.

Bayaran hendaklah dibuat semasa tiba di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla; iaitu sebelum akad nikah dijalankan. Ini adalah peraturan yang ditetapkan oleh pejabat berkenaan.

Pasangan dikehendaki membayar sepenuhnya harga sepertimana yang dipersetujui mengikut pakej yang ditetapkan.

Pasangan yang tidak menjelaskan bayaran sepenuhnya urusan pernikahan mereka akan dibatalkan dan pihak penganjur tidak akan bertanggung-jawab dan bertolak ansur sekiranya berlaku sebarang kekecohan atau salah faham akibat tindakan pasangan tersebut.

Sekiranya ada pasangan yang cuba menipu, pasangan dikehendaki balik ke Malaysia atas tanggungan dan urusan sendiri.

Sekiranya pasangan membatalkan hasrat mereka pada saat terakhir semasa di pintu sempadan, urusan balik seperti pengangkutan dan lain-lain adalah atas tanggungan sendiri.

KENAPA HARUS BERURUSAN DENGAN KAMI

Terdapat ramai individu yang menawarkan khidmat nikah Thailand, terutamanya melalui Majlis Agama Islam Songkhla, Majlis Agama Islam Yala dan Majlis Agama Islam Narathiwat.

Ada pula sindiket palsu yang tidak menggunakan khidmat jurunikah bertauliah,ada yang terlalu mahal dan ada yang sah tapi khidmat yang diberikan tak lengkap sehingga dapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Cuma sedikit laman web tentang pakej perkahwinan di Selatan Thailand yang menawarkan khidmat lengkap dan termudah bagi pasangan dari Malaysia. Maka kami bina laman web ini untuk membantu pasangan dari Malaysia untuk mendapatkan khidmat yang terbaik.

Cara kahwin di sempadan yang terbaik ialah melalui Majlis Agama Islam Songkhla atau Phatthalung bersebelahan Songkhla, kerana Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand terletak di Songkhla. Dan pakej yang ditawarkan perlulah lengkap sehingga dapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia yang ditujukan kepada Pejabat Agama Islam di Malaysia, supaya anda tidak bermasalah untuk mendaftarkan perkahwinan anda setelah pulang ke Malaysia nanti.

Sekiranya anda merancang untuk kahwin di Selatan Thailand,pastikan perkhidmatan yang anda pilih mengandungi elemen-elemen berikut:
  1. Pernikahan oleh jurunikah bertauliah di Sempadan Thailand.
  2. Pengeluaran sijil nikah dan sijil pengesahan nikah oleh Majlis Agama pada masa yang sama.
  3. Singgah di Konsulat Malaysia di Songkhla untuk memohon surat pengesaan nikah dari mereka. Konsulat Malaysia adalah sebahagian dari Kerajaan Malaysia. Oleh itu, surat sah nikah dari Konsulat adalah surat dari Kerajaan Malaysia yang menerima pernikahan itu sebagai sah. Tidak akan timbul isu dalam pendaftaran di Malaysia nanti.
Dalam pada itu, pastikan juga bahawa tak ada kos tersembunyi dalam pakej yang ditawarkan. Diantara elemen kos bagi pernikahan di Sempadan Siam ialah
  1. Kos perjalanan pergi balik dari Malaysia ke Thailand (kenderaan, minyak, pemandu, dll)
  2. Bayaran kepada jurunikah, saksi, pengeluaran surat nikah dan lain-lain berkaitan akad nikah
  3. Bayaran kepada Majlis Agama untuk pengeluaran surat pengesahan yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia
  4. Kos perjalanan ke Konsulat Malaysia dan bayaran kepada Konsulat Malaysia untuk pengeluaran surat pengesahan yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia
Maskawin adalah berasingan. Terpulang kepada pasangan untuk menetapkannya.

Sekiranya mana-mana elemen diatas tidak ditawarkan, maka kos tambahan akan diperlukan kemudian nanti. Contohnya, kalau harga pakej tidak termasuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat, maka perjalanan lain ke Songkhla akan diperlukan kemudian nanti untuk mendapatkan surat itu.

APA MAKLUMAT NIKAH KAHWIN DI THAILAND YANG PERLU TAU

Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla

Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertanggung jawab melantik dan mentauliah semua jurunikah di Wilayah itu. Pada masa ini, ada 30 naib kadi yang dilantik untuk menjadi jurunikah oleh MAIS dan mereka inilah yang boleh menikahkan rakyat Malaysia dalam Wilayah itu. Mereka ini menjalankan upacara ijab kabul dan kemudian mengeluarkan sijil kahwin. Majlis ini juga mengeluarkan surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada satu-satunya Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand, di Songkhla.

Untuk menangani masalah kahwin yang diuruskan oleh sindiket haram, ijab kabul bagi rakyat Malaysia sekarang hanya dibenarkan di pejabat Majlis Agama Islam yang bertempat di Hat Yai.


TEMPAT NIKAH:

Pasangan akan di bawa ke Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla  yang terletak lebih kurang 70 km dari sempadan Bukit Kayu Hitam. Di sinilah ramai pasangan dari Malaysia melangsungkan perkahwinan mereka. Hanya di Songkhla sahajalah wilayah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama Islam di Malaysia dan Kerajaan Malaysia.


KADI/JURUNIKAH
Semua kadi dan saksi mempunyai tauliah.Sijil nikah yang dikeluarkan oleh Pejabat Majlis agama Islam Wilayah Songkhla adalh diiktiraf oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Tanpa surat Pengesahan dari Majlis Agama Islam di sini pihak konsulat Malaysia tidak akan membuat sebarang pengesahan pada Sijil Nikah kita. Akad nikah akan dijalankan oleh salah seorang Naib Kadi yang bertindak sebagai Jurunikah. Urusan nikah memakan masa hanya 30 minit sahaja.


BILIK AKAD NIKAH
MAIS telah menyediakan sebuah bilik khas untuk pasangan bernikah. Di bilik inilah pasangan diijab kabul, lafaz taalik, pemberian mas kahwin dan upacara menyarung cincin dan sebagainya diadakan dengan cukup meriah dalam suasana yang menyerikan sebagaimana yang dilakukan di Malaysia. Malah selepas ijab kabul pasangan boleh bergambar di atas pelamin yang disediakan khas kepada pasangan. Gambar-gambar inilah yang menjadi bahan bukti untuk diserahkan kepada mahkamah semasa hendak membuat pendaftaran semula pernikahan anda di Malaysia.

KONSULAT MALAYSIA SONGKHLA


Di sinilah tempat rakyat Malaysia memohon untuk mendapatkan surat pengesahan sijil  nikah mereka. Tanpa surat pengesahan dari konsulat Malaysia sijil nikah mereka di anggap tidak sah dan tidak di iktiraf oleh kerajaan Malaysia. Jadi setiap pernikahan rakyat Malaysia terutama yang berkahwin di Majlis Agama Islam Malaysia adalah diwajibkan mendapat pengesahan terlebih dahulu sebelum mereka membuat permohonan untuk mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia nanti. Jarak antara Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dengan Pejabat Konsulat ini hanya lebih kurang 25 km sahaja.